-->
skip to main | skip to sidebar

kau milikku....

friendship often ends in love but love in friendship- never

About Me

My photo
mystery...
s ♥ m ♥ i ♥ L ♥ e♥ ♥♥♥♥ Jangan prnah merasa sepi karena hatiku, kan slalu menemanimu pejamkanlah matamu dan bermimpilah dlm tdurmu. bangunlah esok pagi dengan senyuman yg indah seindah mentari pagi yang bersinar!
View my complete profile


Followers

DeMi mAsA...




Saturday, November 10, 2012

NoVeL Yg mEnJaDi piLiHaN HaTiKu...






Posted by mystery... at 1:54 PM No comments:

YaNg TeRiNdAh



Elly Farhana, gadis yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah. Dibesarkan oleh mama dan atuknya di sebuah Estet Bukit Beringin. Keadaan hidup yang serba kekurangan itu membuatkan dirinya berasa rendah diri.

Pada Tuan Zufri di tumpahkah kasih sayang. Menganggap Tuan Zufri sebagai ayahnya. Tuan Zufri yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada keluarganya. Di tambah dengan hubungan rapat antara anak-anak Tuan Zufri dengannya.

Luahan hati Zahari, anak Tuan Zufri yang telah dianggap abang olehnya membuatkan kehidupanya mulai berubah. Elly tidak pernah menyangka yang Zahari menyimpan perasaan padanya. Sebenarnya dia keliru. Adakah hubungan mereka sekadar teman biasa atau sebaliknya. Di imbas kembali detik-detik manis bersama Zahari. Barulah Elly sedar yang selama ini perasaannya bukan sekadar kawan biasa bersama Zahari. Terselit perasaan indah yang di luar sedarnya. Namun, kesedarannya terlewat tiba.


Kehadiran Dr. Hazlin meremukkan hati Elly yang semakin yakin dengan perasaannya. Mahukan Zahari menerima dirinya setelah cinta lelaki ditolak pergi. Mampukah dia merebut kembali Zahari dari Dr.Hazlin yang ternyata lebih sempurna berbanding dirinya. Elly kesal dengan sikapnya yang terburu-buru membuat keputusan. Akhirnya, mereka terpisah oleh keadaan.



Pertemuan kembali Elly bersama Zahari menimbukan kesedihan dalam dirinya. Sayu hati melihat jejaka idamannya bukan miliknya lagi. Tapi semua itu hanya andainya sahaja sedangkan di hati Zahari hanya ada Elly seorang. Tiada yang lain. Pengakuan Zahari melegakan hatinya. Dan tanpa berselindung, Elly berterus-terang tentang perasaannya. Huluran kasihnya disambut penuh bahagia oleh Zahari.



Mereka disatukan dalam suasana yang meriah namun terselit jua rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan ayah kandungnya. Puas di cari apabila mengetahui yang ayah kandungnya masih hidup lagi. Tapi takdir belum mahu menemukan mereka. Akhirnya, pencarian Elly terhenti apabila ayah kandungnya datang menyerah diri. Bagai tidak percaya apabila mengetahui yang ayah kandungnya adalah orang yang dikenalinya. Orang yang pernah rapat dengannya.



Pada mulanya agak sukar Elly mahu menerima kehadiran ayah kandungnya . Namun akhirnya, Elly dapat menerima penjelasan ayahnya tentang kehilangan dirinya. Mentelah mamanya sendiri tidak mendendami ayahnya. Penerimaan Elly disambut baik oleh semua pihak. Bersatu dalam sebuah keluarga yang bahagia. Tamat ...
Posted by mystery... at 12:39 PM No comments:

Friday, November 9, 2012

AnDaI KaU jOdOhKu....




RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia. 

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi 
kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!




Posted by mystery... at 3:59 PM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Tutorial Here

special for u...

  • ►  2014 (8)
    • ►  July (1)
    • ►  May (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2012 (56)
    • ►  December (5)
    • ▼  November (3)
      • NoVeL Yg mEnJaDi piLiHaN HaTiKu...
      • YaNg TeRiNdAh
      • AnDaI KaU jOdOhKu....
    • ►  September (11)
    • ►  August (37)


Miss

how many hits are on my website
Tracking Counter

MeNaNtImU..




Gratisan Musik
Powered by Blogger.


Blog Design by sassyredlayouts | Love Hurts by SassyredLayouts
Layout By sassyred